Finally dapat pun post trip ni. Kemain banyak masa ambik untuk post.
okay!
Rasa nak post trip kali ni sebab everything went well and we enjoyed so much! First of all, ini adalah family trip untuk 5 hari 4 malam. Kami booked flight tiket 2 minggu sebelum berlepas. Yes it was a last minute decision but luckily masa ni tiket flight tengah murah. Actually, tak ada lah murah sangat cuma cheaper dari normal price heheh.
Trip ni sendirian Berhad. kami tak ambil any Travel Package.
Okay as below is our Itinery:
1. Flight Ticket (beli 2 weeks before our boarding)
Masa ni aku beli dekat Traveloka. Tak beli return pun sebab return flight tak sama. Pergi to Jakarta, tapi balik kitorang ikut Bandung. Taraaa, so dapatlah travel 2 tempat terus hahah.
Flight Ticket:
Kuala Lumpur to Jakarta : 18 Oktober 2018 (RM146.46- Lion Air)
Bandung to Kuala Lumpur: 23 Oktober 2018 (RM211.58- Malindo Air)
Total for return flight: RM358.04 (Bolehlaaa harga ni sebab included baggage and food kot, cuba kalau korang amik airasia? semua kena add sendirian berhad, so plus minus akan jadi lebih kurang je dengan harga atas heheh.
Day 1: 18 Okt 2018 (fly to jakardeeee)
Flight kitorang pukul 8.10 pagi. it took 2 hours of journey in the skyyaaa.
We only choose 1 day in jakarta sebab nak spend hari hari lain di bandung.
Kalau korang nak buat style aku ni, please jangan amik 5 hari. at least 7 hari baru berbaloi.
So recommended 2 hari di jakarta ya. Sehari serius tak cukup huhu.
opps lupa nak bagitau, trip ni ada 7 orang. 4 ibuk ibuk dan bapak bapak, lagi bertiga kami adik beradik team bujang. yang team rumah tangga duk umah je masa ni takmo ikut hahah. So, aku the elders. maigad tuanyaa still bujang. doakan i cepat bertemu jodoh and cepat juga melangsungkan perkahwinan yaa. Saja nak introduce dulu berapa ramai yang pegi, kang korang tanya macam macam pulak kenapa ni kenapa tu hehe.
Okay, day 1 ni, kitorang tak amik supir sebab plan nak pergi 2 tempat jer, Tanah Abang and Monas. Memang tak plan langsung, so adalah gaduh gaduh manja kenapa takmo amik supir. maklumlah, sebab pergi dengan family, so everything kena plan in details. But, as usual, we bujang so we suka-suki jela nak buat cara macam mana pun heheh.
Dah dah start balik. Sampai je airport, kitorang tak bole nak amik grab sebab kena jalan jauh. Barang banyak kot plus bawak mami and dad, memang takla nak jalan jauh. So we just decided ambil Mas Supir Airport (Airport Taxi). kitorang pilih kereta yang bole sumbat 7 orang terus untuk bawa kami ke hotel.
Airport Taxi: 300k rupiah
Hotel yang kitorang amik adalah Ceria Rooms. Murah dan sangat berbaloi. It cost us around RM50++. Bilik dia memang ceria habislah and bersih sangat. Toilet dia pun bersih wehh. Air panas pun ada. siap ada pantry lagi kat lua bilik kalau korang nak masak apa apa. sebab hotel ni building baru. So, no wonderla bersih. Bayangkanlah, dengan harga macam ni korang takkan dapat kat Malaysia sekali dengan pakej kebersihan dia. Please choose this ceria rooms in your next visit!
Cuma aku bagitau awal awal la, ceria room ni more like kos-kosan (hostel for students). Tapi diorang duduk kat Level 2, kalau traveler macam kitorang ni dia akan letak dekat Level 3. Yang layan pun macam student jugak but seriously they are so nicee and very polite. kalau kau rasa nak marah, sampai tak jadi marah sebab budi bahasa diorang memang tinggi. service tip top habislah. Aku pilih hotel ni sebab dia center to city and dekat juga dengan Gambir train station yang kitorang akan naik next day.
Ceria Rooms: 231k Rupiah/night through Agoda
Sampai je hotel, kitorang solat and kemas sikit sikit, then terus pergi Tanah Abang untuk shoppinggg. Grab murah je dont worry. it cost us 23k rupiah. Even traffic jammed pun, tak lari jauhla harga dia. 23k tu okay la untuk perjalanan around 20minutes. Before pergi tanah abang, kitorang makan dekat kedai minang area hotel tu juga.
Grab: Around 20k-25k from hotel to Tanah Abang
Tanah Abang ni memang syurga shopping. so sediakanlah duit korang banyak banyak. Tapi kalau rasa nak simpan duit untuk travel je without shopping too much, believe me, janganlah kau datang sini. sebab kalau kau masuk, automatic akan jadi gila shopping. barang dia memang murrr habis lah.
Then baliklah kami ke hotel untuk letak segala barang shopping, solat, mandi and gerak to Tugu Monas. Masa kat Monas, kitorang naik tugu dia sampai ke atas. Style dia lebih kurang macam Menara KL. Naik atas akan ada telescope untuk tengok the beauty of city in Jakarta. Honestly, tak naik pun takpe. hehe.
*Naik tugu monas kena bayar around 30k/head
Grab to Monas: Around 19k Rupiah
Day 2: 19 Okt 2018 (Train to Bandung)
Kami checkout early morning around 8am and ambil grab to Train Station Gambir. Adik aku dah biasa pergi jakarta so dia bagitau tiket train cepat habis, so a week before kitorang booked ticket train and ambil ekonomi seat. Beza price ekonomi and Executive dalam 30k. Beza dia tak banyak, tapi sebab kitorang ramai, rasanya baik ambil ekonomi sebab selesa je seat dia hehe. Style train station dia sama macam TBS. Kena check-in then dia akan gerak on time. Departure time kitorang masa ni 10.30, jadi food hunting dekat situ jela. banyak je food. fast food pun banyak. Estimated arrival at Bandung 3hours @ 1.30pm.
Train to Bandung: 100k Rupiah (Economy Seat)
Dekat Bandung kami sewa kereta selama 4 hari. Kereta Hyundai yang boleh memuatkan kami 7 orang. Kereta ni adik aku duk search dekat FB and dapatlah cheapest car rental katanya. Cari car rental ni part adik aku, so i leave it all to him. Nama Car Rental ni ialah Andra Tour. Fb search nama dia @andrarentour (Paker Supir Murah Bandung). So far, memang puas hati sangat dengan servis yang diberi. Supir yang kitorang dapat ialah Tenten. Dia memang best habis lah, korang takkan menyesal. Bila lalu mana mana tempat ataupun sejarah Bandung ke, korang takyah tanya, dia sendiri akan perkenalkan everything. Plus dia ni jujur, seronok la untuk jadi teman berbual dalam kereta. Thanks to Tenten sebab layan kami sekeluarga dengan sangat baik sepanjang 4hari. Biasanya kan supir yang kitorang dapat selalu jenis pendiam, bila tanya baru jawab, but this time in Bandung, servis supir memang A++. Ohh ye, car rental ni punya benefit pun all in one which is fuel, makan supir, parkir, tips and itinery are provided. Harga dia boleh contact Andra Tour ya hehe.
Car Rental: Andra Tour @ Supir Tenten recommended.
Now Hotel pulak. Hotel yang kitorang duduk dekat Pasar Baru Square Hotel Bandung (3Star Hotel). Ia terletak di city center Bandung. Memang dekat habislah dengan Train Station hehe. Tempat dia memang sesak sebab depan tu mall Pasar Baru. Ni pun tempat shopping jugak standard Tanah Abang. Haih, dunia shopping betul bandung ni hahah. Tapi walaupun sesak, jangan risau, selepas jam 5ptg pasar tu dah tutup so takat tu jela jammed nya. lagipun tak ganggu kau pun sebab hotel tu atas mall, memang layanan tiptop habis. anytime kau nak request iron, free jer. Breakfast provided. Tapi masa aku booked dalam agoda, aku tak select breakfast ke apa entah tak ingat, so kitorang punya takde breakfast. Tapi disebabkan malas pagi pagi nak keluar cari makan, kitorang pun add on breakfast untuk 2 hari. Bilik dia pun okay, very spaciousss haha. Toilet dia pun bersih. Okay terabur da ayat aku ni. takpela paham kan?
Hotel: Pasar Baru Square Hotel Bandung booked via Agoda. RM80++/night
Kitorang sampai hotel, solat, bersiap semua da sampai jam 3ptg, alang alang taknak menghabiskan masa, kitorang pun request dengan supir untuk bawak jalan jalan. Ohh ya, itinery semua provided by Andra Tour, diorang akan suggest mana tempat yang menarik dan patut pergi untuk hari hari tersebut hehe.
First day di Bandung:
kami sampai hotel around 2pm++, then rehat mandi solat semua sampailah jam 4 petang, disebabkan dah sewa kereta untuk first day taknaklah bazir kan, jadi kitorang ajak si tenten bawak jalan.
-----------------
1. Cihampelas Street
Sini memang banyak barang dia kena dengan cita rasa kita orang muda muda sebabnya, ada baju branded yang reject dari kilang, superhero shirt, and semualah memang murah habis.
2. Dinner at Kedai Belacan
nama dia je kedai. Sebenarnya ianya restoran konsep makanan sunda. Good place to chill with family sebab malam akan ada band Live. Price dia pun quiet pricey, tapi untuk cuba sekali why not kan.
So untuk malam kedua, 3 tempat je sempat pergi. Kitorang ada pergi 1 tempat ni before Cihampelas,tapi tak ingat dah nama tempat dia.
Second Day di Bandung:
Hari kedua, Tenten pickup kitorang jam 8.30 pagi. So, sempatlah breakfast dulu dekat hotel.
Hari ni pergi Bandung Utara dulu.
1. Kawah Putih
2. Glamping Lakeside Ciwidei
3. Bambooberry (Strawberry Farm)
4. Kedai Perfume (tak ingat kat mana)
Dari hotel nak ke bandung utara ambil masa 1 jam 30 minit. So kitorang sampai kawah putih nak jam 11 pagi juga la. dekat situ tenten bagi masa 2 jam untuk ambil gambar. Memang puas hati datang sini. Compare dengan tangkuban perahu, supir kitorang recommend pergi sini sebab katanya untuk tourist nak masuk tangkuban perahu, cost you around 300k/head. 2 jam memang lama, tapi tak terasa masa tu berjalan denngan cepat disebabkan banyak port untuk bergambar.
Kawah Putih
Antara aktiviti yang ada dekat kawah putih ni ialah ATV. 75k/head. Boleh menikmati ladang teh pakej dia. huhu
Kalau tak silap kawah putih ni entry fee 30k/head. kalau salah maap.
Glamping Lakeside Ciwidey
Dari kawah putih ke glamping lakeside ambil masa 15-20 minutes. Sebelum gerak ke glamping, kitorang makan dekat gerai dalam kawasan kawah putih, area tu ada banyak gerai. Tenten recomend tempat yang dia selalu makan. Memang sedap dan murah. Aku nak korang try Batagor. Batagor ni adalah makanan tradisional bandung. rugi kalau tak rasa. cuma kena tengok tempat, ada jugak yang tak sedap. tapi kalau korang pergi tempat yang betul, memang rasa nak order lagi.
Nak masuk glamping ni murah je, kena bayar 10k/head. Dekat sini kitorang sekejap je dalam setengah jam, sebab mak ayah kitorang da penat. lagipun masa ni da pukul 4.
Bamboo Berry
Kat bamboo berry ni ala ala Cameron Highland. boleh petik buah strawberry sendiri. actually tak masuk pun takpe. tapi kalau nak acah acah pekebun hipstur bolelah sebab dia bagi topi haha.
entry fee: 15k/head
Dinner kat hotel je sebab tak larat nak cari makan malam malam. huhu
Third Day di Bandung:
Macam biasa, breakfast dulu kat hotel. Hari ni pergi Bandung Selatan pula. Tenten ajak kitorang gerak lambat sikit around 9 sebab selatan bandung cuma 30 minit je dari hotel.
1) Farm House
2) The Lodge Maribaya
3) Floating Market Lembang
4) Dusun Bambu
5) Kampung Daun (Dinner)
6) Rumah Mode Factory Outlet
7) Supper: Martabak Cokelet+Cheese
Hari ketiga ni memang boleh cover banyak tempat sebab Tenten suruh kitorang disiplin dengan masa. dekat bandung ni memang tak dapat nak food hunting sangat sebab spent masa lebih kepada aktiviti je. Lunch pun order yang ringan je masa ada dekat tempat tempat di atas.
Farm House
Banyak gila port gambar kat sini. tak rugi datang. entry fees tak silap 20k/head, dapat free voucher air susu fresh from the farm lagi. Tapi kalau nak masuk hobbit house kena bayar lagi fees around 20k/head. kalau tak masuk hobbit house memang rugila sebab situ yg banyak tempat lawa.
Setiap entry fees nampak memang murah. tapi nak masuk sini kena bayar nak masuk sana kena bayar, memang kau akan terasa la hehe but worth it.
Ni lah free drink tu.
The Lodge Maribaya
Before pergi sini Tenten tanya, nak pergi Lodge Maribaya ke Dago Park. Sebab konsep dia sama je tapi Lodge Maribaya lagi banyak port gambar and dekat. So kitorang pilihla lodge maribaya ni. Sebab bila google memang lawo lawo.
Entry fee 30k/head. lebih kurang je semua entry fees dengan tempat lain. Sini pun kau akan dapat voucher free air & discount food 10% dekat stall terpilih. fyi, tempat ni lah paling costly sebab nak tangkat gamba kat pokok viral tu je 20k/head. memang murah, tapi kalau setiap port tu pun 4 orang sekali main da 80k. belum lagi port buaian dan lain lain. But overall, memang puas hati. Takpelah, sekali sekala kan, telan jela asalkan puas hati. hehe.
Sweet kan dua orang buah hati i ni? haha
*fyi, semua gambaw kat atas ni ada photographer yg akan tangkap. Setiap kali nak bergambar akan ada fees nya. Then gambaw tu pula nak amik dari photographer pun ada charges dia. hmmmm.
Floating Market Lembang
Masa masuk tu dia akan bagi welcoming refreshment. kau boleh pilih nak air apa. Entry fees dia pun lebih kurang je around 20-30k. aku tak ingat dah sebab semua tempat kena bayo haha. Dalam floating market ni ada macam macam. masuk je kau akan lalu kedai souvenirs, aku beli kipas panjang dia. Berbaloi la dengan cuaca yang panas. huhu. Setiap tempat yang kau lalu akan ada je section yang berbeza. Macam kitorang lalu kawasan cina yang ada kedai herba la, jambatan dia la, jalan depan sikit ada kawasan arnab, nak pergi tempat lain kau kena naik tangga. kat atas ada kawasan bunga and and city apa entah nama dia. Tengokla gamba kat bawah ni.
Dusun Bambu
Pada aku, apa yang special dekat dusun bambu ni adalah environment bunga bungaan dia and lighting bridge. So kalau nak datang sini memang sesuai sangat waktu senja.
Kampung DaunBiasanya kalau trip to Bandung, Kampung Daun ni memang tempat wajib untuk dinner at least sekali. Makanan dia berkonsepkan sunda and memang sedappp.
Rumah Mode Factory OutletTempat ni untuk shopping barang branded. Quiet pricey tapi tempat ni dikira sebagai tempat wajib kunjung lah sebab dia tempat dia lawo. Tak sempat tangkap gambaw. kalau nak tau google la huhu.
Okay sekian saja posting kali ni. Hope bermanfaat bagi yang mencari info trip Bandung. Chao. :)